Semangat
kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran
bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat
kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan
pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh
dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada
kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua
konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga
berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada
malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira
kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan
bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun
tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
Selain
itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang
bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga
mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan
beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini.
Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur
berdasarkan majlis sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan
peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini.
Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah
pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat
akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke
arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka.
Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk
semangat mulia ini.
Dalam masa yang sama sikap dan persepsi
masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat
kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan
yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru
ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat
kita.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai
melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah
berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat
di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah
jiran kita?
The 13 BEST Casinos in Las Vegas - Mapyro
ReplyDeleteSee 1646 전주 출장안마 listings 전라북도 출장마사지 related 평택 출장샵 to casino, 강원도 출장마사지 poker, 제주도 출장샵 blackjack, bingo and craps at Mapyro. Top Casinos in Las Vegas 2021: Best Casinos of 2021.