Pages

Friday 28 September 2012

Jangan Terpedaya Dengan IPTS Yang Menipu


Jangan terpedaya dengan IPTS yang menipu !!


"Apabila Pengajian Tinggi diniagakan untuk keuntungan, inilah jadinya ! PTPTN perlu dimansuhkan sehingga masalah kursus serta IPT yang tidak diiktiraf disifarkan. Dengan itu graduan akan terjamin kerjaya mereka apabila mengambil kursus serta IPT yang diiktiraf setelah meminjam puluhan atau ratusan ribu ringgit dari PTPTN.

IPTS tipu kursus, pelajar putih mata
Utusan Malaysia



MENGGENGGAM segulung ijazah untuk melangkah ke alam pekerjaan merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh setiap siswazah. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun dan wang ribuan ringgit di institusi pengajian tinggi (IPT) terutama swasta (IPTS). Pelbagai cara dilakukan oleh IPTS untuk memperdayakan orang ramai dan bakal pelajar termasuk membuat surat perakuan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Awas! Jangan hanya ghairah mahu memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tetapi akhirnya berputih mata apabila mengetahui kursus diikuti tidak diiktiraf kerajaan. Pesanan jangan mudah terpedaya dengan tawaran kursus di IPTS ini perlu dihebahkan. Ini kerana banyak IPTS tidak jujur sebaliknya beria-ia menarik pelajar baru semata-mata mahu mengaut keuntungan. Sesetengah kurus yang ditawarkan tidak pernah atau belum mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sumber: utusan.com.my

Timbalan menteri pertahan Kolej Universiti Lincoln
April 12, 2012

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempertahankan tindakan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) memberi kelulusan kepada Kolej Universiti Lincoln (LUC) untuk melaksanakan program perubatan peringkat sarjana muda di tiga universiti Ukraine.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar mengenai kelulusan yang diberikan kepada Kolej Lincoln untuk membuat program perubatan di tiga universiti, Ukraine yang mana ketiga-tiga universiti tidak diiktiraf oleh Jawatankuasa Perkhidmatan Awam (JPA). Sejak kebelakangan ini program pengajian perubatan luar negara yang bakan dijalankan oleh LUC pada September ini menjadi tanda tanya selepas mendapati ketiga-tiga universiti yang dipilih oleh LUC tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Sumber: freemalaysiatoday.com

'Hidup saya kini musnah'

KUALA LUMPUR: “Hidup saya kini musnah selepas impian untuk membantu keluarga supaya dapat menikmati kesenangan tidak kesampaian gara-gara sijil kejururawatan yang diperoleh ketika belajar di sebuah kolej swasta tidak diiktiraf kerajaan,” dakwa Hemalatha Ganesa, 21, penuntut kolej berkenaan.

Katanya, pihak kolej tidak mempedulikan masa depan pelajarnya sebaliknya hanya mementingkan keuntungan semata-mata dengan meminta mereka menjelaskan yuran sebanyak RM7,500 bagi kursus selama lapan bulan.

Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah hospital swasta namun kelayakannya hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana sijil dimilikinya ketika belajar kursus berkenaan tidak diiktiraf. “Masih ramai rakan-rakan lain sehingga kini tidak mempunyai pekerjaan tetap malah ada yang hanya bekerja di pusat beli-belah kerana pihak hospital tidak mahu menerima mereka.

Sumber: hmetro.com.my

Jawatankuasa khas bincang CUCMS

CYBERJAYA: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengatasi masalah berikutan arahan pengurangan jumlah pelajar yang dihadapi Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) bagi mengelakkan kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan kolej berkenaan tidak diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengajian seramai 236 pelajar perubatan tahun pertama di kolej berkenaan mungkin tidak diiktiraf selepas mendapat arahan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), 29 November lalu supaya mengurangkan bilangan pelajar perubatan sesi terbabit kepada 150 saja. Daripada jumlah itu, seramai 108 pelajar mendapat biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 57 lagi tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara), manakala selebihnya tajaan sendiri.

Sumber: hmetro.com.my

16 program UniMAP tidak diiktiraf

KAMPUS baru UniMAP di Pauh, Perlis tersergam indah tetapi sebahagian besar kursus yang ditawarkan IPTA itu tidak mendapat pengiktirafan.

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.

Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sumber: berita-harian-online.com

Kursus ijazah tak diiktiraf

ANAK saya baru-baru ini memaklumkan mengenai ijazah sarjana muda perguruan yang diambilnya ada masalah kerana program yang ditawarkan di Institusi Perguruan Tunku Bainun tidak mendapat kelayakan akreditasi.

Pihak institusi perguruan memaklumkan pelajar tidak dapat diberi penempatan sehingga masalah selesai. Saya difahamkan masa yang diambil bagi memperoleh kelayakan itu boleh berlanjutan daripada enam bulan sehingga setahun.

Dalam proses mendapatkan kelayakan itu, pelajar diminta membuat kerja kursus tambahan bagi membantu pihak institusi mendapatkan kelayakan bagi program ditawarkan. Sebelum ini, pelajar ijazah perguruan terbabit juga menerima elaun tertangguh sehingga dua bulan. Kesannya, ada pelajar yang terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk perbelanjaan.

Saya mengharapkan setiap program perlu mendapat kelulusan pihak berwajib sebelum ditawarkan pada peringkat institusi.

Sumber: bharian.com.my

No comments:

Post a Comment