Pages

Saturday 29 September 2012

Fatwa Tentang Mengucapkan Selamat Hari Krismas




"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Keputusan (English):

Punca Mengantuk Dalam Kelas




Menyentuh soal mengantuk dalam kelas ... isu mengantuk ni memang sering diperkatakan. Punca mengantuk ada banyak sebab. Kalau kita perasan betul-betul rasa mengantuk ni akan lebih ketara bila masuk ke sekolah asrama. Ini kerana sistem makan di sekolah berasrama yang ikut jadual menjadikan para pelajar hanya boleh makan pada waktu yang di tetapkan. Sedangkan kalau di rumah kita boleh makan bila-bila masa saje. Di asrama kalau terlepas waktu makan disebabkan sibuk or tertidur ke apa ke maka nak makan kena tunggu the next schedule. Kalau ada duit takpelah boleh makan kat cafe ... berbayar tapi nak makan kat dewan makan kena tunggu next schedule makan. Hal ni amat menyumbang kepada faktor mengantuk dalam kelas terutama kepada para pelajar yang tak berduit. Selain dari itu punca lain mengantuk dalam kelas adalah waktu rehat dan tidur yang tak menentu. Malam ni tidur pukul 11 malam esok pukul 1 pagi malam semalam pukul 9.00 malam.

Kursus Pembinaan Blog

Pada hari ini, saya menghadiri Kursus Pembinaan Blog. Kursus ini diadakan di makmal komputer SMA Maarif. Kursus ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29 September 2012. Ia bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

   

Tips Kuat Ingatan


Terdapat banyak cara untuk menguatkan daya ingatan kita.

Cara yang paling bagus dan menjadi amalan saya ialah amalan membaca Al-Quran (bagi yang beragama Islam), berpuasa dan bersugi.Saya yakin anda semua pasti bersetuju dengan pendapat ini kerana tips ini saya ambil dari kata-kata khalifah terakhir Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin, Saidina Ali Bin Abu Talib r.a., “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”

Bersugi; zaman nabi-nabi dulu bersugi dengan menggunakan kayu siwak terutamanya kayu zaitun kerana baunya harum dan dapat menghilang penyakit gigi. Sekarang dah ada kemudahan berus gigi yang bermacam-macam jenis dan ubat gigi yang bermacam-macam perisa. Yang penting pilih yang HALAL ye. Takkanlah tak gosok gigi walaupun sekali dalam sehari kan? Apa kata kalau amalkan bersugi setiap kali sebelum solat, lagi bagus~. Banyak sebenarnya kelebihan bersugi;

             
1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

Friday 28 September 2012

Ridhuan Tee

(Sinar Harian 24 Sept 2012)


Terbaharu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikhism dan Taoism, mendesak kerajaan dengan idea gilanya, supaya mata pelajaran agama-agama lain, mengikut nama pertubuhan agama tersebut, turut dijadikan mata pelajaran wajib anak-anak mereka, selain daripada mata pelajaran agama Islam untuk pelajar Islam.


Dahulu, di waktu kecil, masih belum memeluk Islam, saya mengambil mata pelajaran agama Islam sebagai pilihan menggantikan lukisan. Hasilnya, saya lebih mengenali mulia ini selaku agama persekutuan, menjadikan saya lebih memahami orang Melayu Islam selaku penduduk asal, sebelum mengambil keputusan memeluk Islam pada usia 20 tahun. Pemelukan agama Islam, bukan disebabkan oleh orang Melayu, tetapi keindahan agama Islam yang tidak ada tolok bandingnya.


Maka, hari ini ,sudah sewajarnya mata pelajaran agama Islam diwajibkan kepada semua pelajar. Bukan bertujuan untuk berdakwah kepada mereka agar memeluk Islam, tetapi mereka perlu mengetahui dan memahami isi kandungan umum agama persekutuan ini, bagi mengelakkan kekeliruan. Islam mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding agama lain. Lagipun semua nilai-nilai moral Islam turut dikongsi oleh agama lain.

Widget Comel Untuk Blog Anda!!

http://widgetindex.blogspot.com/2011/12/animation-18.html

Jangan Terpedaya Dengan IPTS Yang Menipu


Jangan terpedaya dengan IPTS yang menipu !!


"Apabila Pengajian Tinggi diniagakan untuk keuntungan, inilah jadinya ! PTPTN perlu dimansuhkan sehingga masalah kursus serta IPT yang tidak diiktiraf disifarkan. Dengan itu graduan akan terjamin kerjaya mereka apabila mengambil kursus serta IPT yang diiktiraf setelah meminjam puluhan atau ratusan ribu ringgit dari PTPTN.

IPTS tipu kursus, pelajar putih mata
Utusan Malaysia

Kakakku seorang jururawat


Nak sangat jadi Nurse akhirnya beribu lepasan kejururawatan MENGANGGUR !!


"
    
Dimana silapnya sehingga lebih 50 peratus lepasan graduan kejururawatan di Malaysia ini tidak mendapat pekerjaan di bidang berkaitan? Para graduan ini ramai yang menganggung hutang pinjaman PTPTN sehingga RM60,000. Kenapa Kementerian Kesihatan tidak mengurangkan kuota pengambilan pelatih untuk kolej kejururawatan atau memberi gambaran sebenar lambakan graduan kejururawatan di pasaran?
     

kakakku cantik..


Cantikkknyaaaa kakak aku... aduhhhhhhh !!





Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Thursday 27 September 2012

Besut Bumi Ulul Albab

Terdapat beberapa buah sekolah di daerah Besut. Antaranya ialah SMK Tengku Mahmud, SMA Maarif, SMK Nasirudin Shah. Sekolah-sekolah tersebut telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dari segi rohani dan jasmani.