Pages

Saturday 20 October 2012

Contoh karangan tentang peranan ibu bapa dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak.

      Pada era globalisasi kini, pelajar berlumba-lumba untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Mereka mesti berjuang antara satu sama lain demi untuk merealisasikan impian mereka dan juga impian kedua ibu bapa mereka. Pada masa sekarang tubuh sasa dan rupa bentuk yang menawan buka lagi menjadi ukuran. Kini yang menjadi ukuran ialah tahap pelajaran seseorang, lebih tinggi tahap pelajaran mereka, lebih tinggilah kedudukan mereka disisi masyarakat. Zaman sekarang adalah zaman ilmu. Sesiapa yang tidak berilmu akan ketinggalan di belakang. Namun masih ramai lagi pelajar-pelajar yang tidak mementingkan masa depan. Mereka lebih suka merempit, terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik yang hanya merosakkan masa depan mereka sahaja.

Kepentingan Masyarakat Penyayang


“Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Ungkapan ini memberikan seribu pengertian dan gambaran yang sangat bererti kepada seluruh insan di dunia ini tentang masyarakat penyayang yang perlu dipupuk dan dibenamkan dalam sanubari kita selagi kita bergelar makhluk berakal yang dianugerahkan oleh Tuhan. Memandangkan dunia sekarang yang semakin penuh pancaroba dan aral melintang, maka masyarakat penyayang inilah yang menjadi tulang belakang negara ke arah merealisasikan visi kudsi yang semakin mendatang kira-kira 11 tahun lagi dari

Karangan Tentang Langkah-langkah Meningkatkan Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Saturday 6 October 2012

Jawapan Ustaz Zahazan mengenai persoalan "aurat dalam gambar"



Salam semua...

Baru-baru ini, saya ditegur (melalui cbox) oleh beberapa sahabat blog ini mengenai gambar rehlah yang kurang sesuai diletakkan di sini. Pada masa yang sama, ada juga sahabat lain yang memberi pandangan yang berbeza mengenai persoalan ini. Sebagai seorang yang tidak arif mengenai persoalan aurat ini, saya sebaik mungkin cuba mengelakkan diri dari mengutarakan pandangan saya. Bukan apa, takut-takut pandangan saya tidak selari dengan yang dituntut syara' dan kemudiannya digunakan oleh pembaca yang ilmunya hanyalah 'seangkatan dengan saya.' Tak ke bala tu.... Tambahan pula blog ini akan dibaca oleh masyarakat umum yang terdiri daripada mereka yang berbilang latar belakang.


Justeru, saya pun meminta ulasan ringkas Ustaz Zahazan mengenai perkara ini. Menurut Ustaz Zahazan, aurat manusia (lelaki dan wanita) adalah perkara 'hidup dan mati.' Maka, gambar yang menunjukkan aurat (walaupun mungkin tidak mendatangkan fitnah) haruslah dielak sebaik mungkin.

Menerusi penerangan ini, saya melihat bahawa Islam sangat-sangat mengasihi umatnya. Aurat (yang menjadi lambang maruah) sangat dititik beratkan oleh Islam sehingga ia tidak wajar dipertontonkan kepada sesiapa yang bukan mahram hatta di dalam gambar yang tidak memberahikan sekalipun. Lagipun, soal nafsu ni sangat subjektif. Ada yang boleh "teruja" (ambil kata-kata Amer) walaupun dengan hanya melihat perkara-perkara yang mungkin tidak menjadi masalah kepada orang lain. Justeru, adalah lebih baik kita mengambil pendekatan paling selamat dengan 'menjaga aurat secara maksima' untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik dari berlaku.

Apa-apa pun, saya suka dan gembira dengan perbincangan yang sebegini. Mungkin anda yang berbeza pandangan mempunyai dalil yang sahih dan boleh dikongsi bersama. Ilmu tuh! Yang penting, apa pun tujuan kita, kita di sini sama-sama mahu menjadi penganut Islam yang terbaik. Semoga dengan niat tersebut, kita akan meluaskan minda kita kearah perbincangan yang lebih dinamik dan terbuka.